ULASAN ARTIKEL; KEDAI MAKANAN SEGERA MAC DONALD
oleh:
Siti Liyana S.A.Adzis
A.B Shetty Dental College , Mangalore- 2009
Pengenalan
McDonald’s Corporation adalah merupakan operator makanan segera yang terbesar di dunia sejak diasaskan pada tahun 1955 salepas Ray Kroc memilih idea untuk membuka beberapa restoren yang dahulunya dimiliki oleh Dick dan McDonald. MaDonald’s telah memperkenalkan pertama kali produk terkemuka sehingga hari ini iaitu burger Big Mac pada tahun tahun 1968. Sehingga hari ini , McDonald’s telah beroperasi dan kini mempunyai lebih dari 30,000 buah restoren yang melibatkan lebih dari 100 buah negara dan ianya dikenali umum sebagai jenamanya. Sehingga tahun 2006 ia telah mencapai jualan berejumlah 57 billion dollar.
Pelanggan utama McDonald’s termasuk keluarga bersama anak-anak, kanak-kanak, pelanggan perniagaan, dan remaja . Selain kanak-kanak sebahagian perniagaan utamanya adalah pelanggan yang bekerja semasa hari bekerja yang boleh mendapatkan perkhidmatan segera dan sudah tentunya makanan yang disediakan adalah baik.
Penyataan Masalah
Untuk mengetahui struktur dan nilai utama McDonald’s Corporation dan mengapa ia masih terus menjadi restoren yang terbesar di dunia, analisis SWOT digunakan dengan mengambil kira setiap dimensi yang terlibat dalam strategi perniagaanya. Kajian ini akan melihat kepada kekuatan lebih daripada kelemahan. Kekuatan yang diketengahkan adalah keterimaan jenama, pertumbuhan yang stabil dalam pasaran global dan kekuatan kepimpinan yang telah membawa McDonald’s telah mendominasi perniagaan tersebut berbanding dengan pesaing-pesaingnya.
Sepanjang operasinya, ia telah berjaya mengatasi kesemua masalah ini dan trus mengembangkan ke sebuah negara ke sebuah negara. Tanpa ragu, McDonald’s akan terus berkembang bersama prinsip kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai.
Apakah peluang dan ancaman yang dihadapi oleh McDonald? Bagaimanakah ia mengatasinya? Apakah alternatif yang dapat dipilihnya ?.
Analisis SWOT
FAKTOR DALAMAN
1. (KEKUATAN)
1. Kualiti barangan terjamin
2. Latihan melalui niversiti Burger
3. Harga rendah berkualiti.
4. Makanan keluarga
5. Konsep restoran yang seragam
6. memelihara makanan tradisi
7. mudah mendapat bahan mentah
2. (KELEMAHAN)
Piawaian yang tinggi.
FAKTOR LUARAN
!. (PELUANG)
1. Pasaran luas
2. Mudah disesuaikan dengan makanan tempatan.
3. Konsep makanan segera diterima.
Menggunakan strategi pertumbuhan untuk:
a. merebut pasaran luas
b. meningkatkan atau barangan.
c. menambahkan pengeluaran produk
untuk penambahan keuntungan
Menggunakan strategi pengukuhan dan perkembangan untuk:
a.kekalkan prestasi khususnya falsafahnmurni QSCV
b.elak kejatuhan
c. tingkatkan promosi
d. struktur semulakonsep perniagaan seperti gabugan dan usaha jika perlu.
2. (ANCAMAN)
1. Bersaing dengan makanan tempatan
2. mencapai tahap kematangan.
Menggunakan strategi pempelbagaian untuk:
a.pelbagaikan jenis pengeluaran produk konsentrik
.b. perkembangkan produk sampingan lain
c. tingkatkan promosi.
Menggunakan strategi campuran untuk:
a. menonjolkan kelebihan dan keistimewaan produk McDonald berbanding dengan makanan tempatan.
b.promosikan kejayaan di negara lain.
DALAMAN
(KEKUATAN)
1. Kualiti barangan terjamin
2. Latihan melalui niversiti Burger
3. Harga rendah berkualiti.
4. Makanan keluarga
5. Konsep restoran yang seragam
6. memelihara makanan tradisi
7. mudah mendapat bahan mentah
(KELEMAHAN)
Piawaian yang tinggi.
(PELUANG)
1. Pasaran luas
2. Mudah disesuaikan dengan makanan tempatan.
3. Konsep makanan segera diterima.
Menggunakan strategi pertumbuhan untuk:
a. merebut pasaran luas
b. meningkatkan atau barangan.
c. menambahkan pengeluaran produk
untuk penambahan keuntungan
Menggunakan strategi pengukuhan dan perkembangan untuk:
a.kekalkan prestasi khususnya falsafahnmurni QSCV
b.elak kejatuhan
c. tingkatkan promosi
d. struktur semulakonsep perniagaan seperti gabugan dan usaha jika perlu.
.
Menggunakan strategi pempelbagaian untuk:
a.pelbagaikan jenis pengeluaran produk konsentrik
.b. perkembangkan produk sampingan lain
c. tingkatkan promosi.
Menggunakan strategi campuran untuk:
a. menonjolkan kelebihan dan keistimewaan produk McDonald berbanding dengan makanan tempatan.
b.promosikan kejayaan di negara lain.
Berdasarkan kepada analisis SWOT yang dibuat didapati peluang yang terdapat ialah seperti berikut;
i.. McDonald mempunyai pasaran perniagaan yang luas di seluruh dunia kerana jenamanya telah dikenali hampir 60 tahun.
ii. Tiada sekatan perniagaan yang dihadapinya samada dari kerajaan tempatan dan di luar negara untuk memulakan perniagaan.
iii. Konsep makanan segera adalah satu fenomena yang telah diterima dan digemari serta disukai buat masa ini memandangkan penjimatan masa menunggu.
iv. Pasaran untuk berkembang adalah amat luas kerana hampir setiap bandar dan pekan boleh menerima McDonald walaupu terdapat persaingan dengan restoren makanan tradisi tempatan.
v. McDonald berkeupayaan untuk menyesuaikan hidangan dengan citarasa tempatan.
Diantara ancaman yang dihadapi oleh McDonald dalam mempertahankan operasinya adalah:
i. Mengawal bekalan tempatan supaya menepati piawai yang dikehendaki kerana bekalan tidak boleh dibeli dari pembekal bebas.
ii. Pertumbuhan perniagaan makanan segera yang lain yang berkonsepkan hampir sama dengan McDonald memberi persaingan yang sengit di pasaran.
iii. Selepas beroperasi melebihi 60 tahun, McDonald telah memasuki pusingan skil ekonomi iaitu kadar pertumbuhan yang perlahan yang mesti ditangani sebelum memasuki pusingan mendatar atau menurun.
Bagi mengatasi keadaan tersebut berdasarkan kepada analisia SWOT , pihak pengurusan MacDonald perlu mengambil strategi sebagaimana di bawah:
i. Menggunakan kekuatannya bagi merebut peluang melalui;
· Bagi memperluaskan perniagaan ke seluruh dunia melalui cara bergabung dengan pengusaha tempatan.
· Melonggarkan syarat dengan memberi kebenaran untuk menambahkan makanan tempatan untuk dijual bersama produk asal disamping menyediakan hidangan dalam saiz yang lebih sesuai untuk pasaran tempatan.
ii. Menggunakan kekuatan menghadapi ancaman melalui;
· Menyerap budaya tempatan seperti menu berkari umpamanya dalam budaya McDonald selepas memastikan bahawa proses tersebut tidak mentimpang dari Visi, Misi dan Objektif asal.
· Mengurangkan kos mengimpot ubi kentang bagi negara yang tidak menanam ubi tersebut seperti di Malaysia, Singapura, Indonesia dan negara Arab yang cuacanya tidak sesuai untuk penanaman.
· Menambahkan kemudahan di restoran seperti bilik sembahyang di negara Islam umpamanya bagi mewujudkan suasana mesra pelanggan.
iii. Mengatasi kelemahan dengan mengambil peluang melalui;
· Meningkatkan promosi.
· Memberi penjelasan kepada pelanggan mengenai piawaian McDonald yang ketat diamalkan supaya mereka faham konsep mutu.
iv. Mengurangkan kelemahan serta ancaman melalui;
· Menjalankan usahasama bagi mengurangkan kos penubuhan restoran.
· Penjenamaan semula produk dengan menamakan hidangan dengan gabungan nama tempatan.
Sebelum McDonald memasuki pasaran Eropah, hanya segelintir saja yang mempercayai bahawa makanan segera boleh berjaya di Eropah. Mengapakah McDonald boleh berjaya dan apakah strateginya serta bagaimankah ia berbeza dengan strategi di Asia ?.
McDonald telah memberi ruang untuk membuat penyesuaian dengan citarasa tempatan tanpa menjejaskan teras asal perniagaan seperti di Eropah umpamanya dengan menyediakan kemudahan permainan kepada kanak-kanak serta menjual makanan tradisi tempatan bagi memudahkan penerimaan terhadap produk yang dianggap asing bagi mereka. Selain dari itu strategi yang sama iaitu menjadi pemain pertama di sesuatu tempat serta promosi yang agresif bagi memastikan kehadiran restoran di sesuatu tempat . Pada peringkat ini dengan prestasi yang baik ini, syarikat McDonald patut mengambil kesempatan dengan memilih strategi pertumbuhan iaitu membuka sebanyak yang mungkin cawangan bagi menguasai pasaran makanan segera.
Apakah falsafah asas McDonald? Bagaimanakah ia menguatkuasakan falsafah ini dan menyesuaikan dengan persekitaran yang berlainan ?.
Falsafah asas seperti bersih, bermutu, cepat dan seragam adalah dipraktikkan di seluruh dunia tanpa kompromi kerana ianya melambangkan imej syarikat. Bagaimanpun sedikit penyesuaian dengan budaya atau citarasa tempatan dibenarkan tanpa menjejaskan visi dan misi asal. Pendekatan ini adalah bagi memastikan budaya syarikat adalah seragam di mana-mana tetapi ianya tidaklah terlalu ketat untuk tujuan adaptasi dan kreativiti bagi perancangan strategik untuk memikat hati pelanggan tempatan.
Kesimpulan
Industri perkhimatan makanan segera yang diterajui oleh McDonald’s `adalah signifikan dalam melalui perkhimatan pelangganya, kualiti, kebersihan dan nilai dan komitmennya serta mengamalkan perniagaan yang berkekalan dan ini adalah merupakan kunci utama kejayannya.
Friday, August 7, 2009
Thursday, August 6, 2009
Jenayah Terancang Merentasi Sempadan Di Eropah Timur Dan Kesalamatan Insan : Memperdagangkan Wanita Di Ukraine
Jenayah Terancang Merentasi Sempadan Di Eropah Timur
Dan Keselamatan Insan : Memperdagangkan Wanita Di Ukraine
Oleh:
Supt. Shaikh Abdul Adzis B. Sh. Abdullah & Supt. Zainol B. Samah & Siti Liyana S.A. Adzis
1.0 Pengenalan
Eropah Timur terdiri dari sub-region negara-negara bekas Kesatuan Soviet yang dahulunya dinamakan Blok Timur ketika era Perang Dingin 1945-1991 dan salepas tumbangnya tembok Berlin dan kini telah mengalami haluan perubahan dari negara sosialis kepada pasaran kapitalisme dan mengorientasikan sendiri sistem ekonomi Soviet kepada sistem ekonomi dunia. Ia juga mencakupi dari bahagian utara yang berbukit iaitu Poland, Negara Baltik dan Negara-negara Balkan. Negara-negara Eropah Timur terdiri dari Negara-negara berikut:
Albania, Belarus, Bosnia, Croatia, Republik Czech,Estonia, Hungary,Latvia , Lithuania. Moldova, Macedonia, Poland , Romania, Russia,Serbia, Slovakia, Slovenia dan Ukraine.
Tamatnya Perang Dingin , ancaman keselamatan rantau ini telah melalui perubahan yang dramatik dimana hakikatnya terdapat konflik antara negara dimana telah meningkatnya risiko keganasan enthonasionalist dari peperangan yang berlaku dinegara bekas Yugoslavia, jenayah terancang, keganasan dan migrasi antara satu sama lain
( Nuray Ibryamova, 2004). Lanjutan daripada kejatuhan Kesatuan Soviet ini, bentuk keselamatan telah berubah dari keganasan berskil besar dan perang saudara, kepada konflik peperangan berskil kecil oleh pemberontak, keganasan etenik, keganasan antarabangsa, jenayah terancang, perdagangan dadah dan manusia serta pendatang haram antara negara rantau. Definisi keselamatan yang lebih jelas disini adalah melibatkan persepsi ancaman kepada Negara terutama terhadap komuniti dan individu. Keselamatan rantau adalah tertumpu kepada beberapa isu termasuk terrorisme, pengedaran dadah, jenayah terancang , memperdagangkan manusia dan pendatang haram.
Sejak berakhirnya Perang Dingin dan berikutan dengan bertambahnya kegagagalan Negara, actor-aktor merentasi sempadan semakin bertambah mengambil kesempatan dalam kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan. Beroperasi merentasi sempadan adalah menjadi tujuan aktor bukan Negara dalam kegiatan haram samada sebagai pengganas atau penjenayah. Mereka ini adalah merupakan kompenen utama diperingkat tempatan, regional dalam masalah global yang dihadapi oleh negara masa ini(Traughber,2007).
Rantau ini adalah merupakan sebuah rantau yang kurang bernasib baik memandangkan persekitarannya adalah merupakan tempat bercambahnya organisasi penjenayah. Organisasi jenayah ini telah bertapak dan berakar umbi sejak 400 tahun dahulu dalam sejarah birokrasi pentadbirannya yang luar biasa., dan sejak tujuh dekad yang lalu , organisasi telah berubah bentuk satelah tamatnya Perang Dingin 1991. Jenayah terancang masa ini dirantau bekas Soviet, kini lebih kepada penglibatan dan bergabung dengan sistem politik dan mereka ini merupakan sebahagian daripada institusi dalam persekitaran politik dan ekonomi(Finckenauer and Yuri A.Voronin, 2001).
Penyeludupan manusia dan memperdagangkan manusia secara menyalahi peraturan dan undang-undang juga tidak dapat dielakan dengan percambahan organisasi jenayah terancang. Memperdagangkan manusia kian menular diserata dunia sejak beberapa tahun kebelakngan ini akibat dari beberapa faktur dan juga akibat dari globalisasi.
1.1 Pernyataan Masalah
Bagaimanakah Jenayah Terancang Merentasi Sempadan dan penglibatan mereka dalam aktiviti memperdagangkan wanita telah memberi impak kepada keselamatan insan yang membawa kepada ancaman keselamatan negara dan kestabilan rantau serta global?
1.2 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan dengan menganalisis ulasan literatur dan artikel-artikel berkaitan dengan jenayah terancang dan penglibatan mereka dalam memperdagangkan wanita yang menjadi isu global dalam kontek keselamatan insan dimana kajian tertumpu disalah sebuah negara bekas Kesatuan Soviet iaitu Ukraine. The International Organization for Migration telah menganggarkan diantara tahun 1991 hingga 1998 seramai 500,000 wanita Ukraine telah diperdagangkan ke Eropah untuk industri seks .
Dalam kajian ini juga akan diperlihatkan hujah-hujah yang dapat memperjelaskan percambahan aktiviti jenayah terancang merentasi sempadan dalam isu memerdagangkan manusia yang menjurus kepada keselamatan insan dan ancaman kepada keselamatan global.
1.3 Konsep Keselamatan Insan
Pendekatan Pluralisme diketengahkan bagi menerangkan keselamatan insan dan melihat keselamatan bukan hanya menahan benteng negara daripada serangan ketenteraan tetapi juga termasuk juga isu-isu ekonomi dan isu-isu merentasi sempadan. Keselamatan insan telah menekan kepada keselamatan, politik, ekonomi, kesihatan, persekitaran, konflik etenik, keganasan, perdagangan dadah, hak asasi manusia dan lain-lain yang dipetik dari Sity & Zarina (2005).
Keselamatan insan merupakan kepentingan state wilayah yang sama pentingnya dengan kekuatan tentera. Malahan dalam era ini , keselamatan insan menjadi lebih penting dalam memahami hubungan antarabangsa kerana ia mencorakan tindakan politik antarabangsa dimana pembuat dasar mengambilkira faktor keselamatan insan(Paris, 2001). Kenyataan berkaitan keselamatan insan yang dikemukakan oleh Human Development Report 1994 telah mengariskan tujuh elemen yang mencakupi keselamatan insan iaitu :
i. Keselamatan ekonomi iaitu bebas dari kemiskinan.
ii. Keselamatan makanan (mudah memperoleh makanan).
iii. Keselamatan kesihatan dan penekanan kepada kemudahan mendapat penjagaan kesihatan dan perlindungan dari penyakit)
iv. Keselamatan persekitaran iaitu bebas dari ancaman pencemaran.
v. Keselamatan persendirian yang merujuk kepada keselamatan fizikal dari penderaan, peperangan, serangan jenayah, keganasan rumahtangga, penyalahgunaan dadah, bunuh diri dan kemalangan jalanraya.
vi. Keselamatan komuniti melihat kelangsungan pengamalan budaya tradisi dan etnik.
vii. Keselamatan politik dimana bebas dari penindasan politik dan mengamal hak politik dan sivil.
Pendekatan pluralisme ini mengandaikan sistem antarabangsa terdiri daripada aktor negara dan juga aktor bukan negara seperti badan-badan bukan kerajaan (NGOs) , perbadanan multinasional dan lain-lain organisasi antarabangsa. Kedua-duanya sama penting dalam sistem antarabangsa dan akhirnya , pluralisme melihat keselamatan bukan hanya menahan benteng negara daripada serangan ketenteraan tetapi termasuk isu-isu ekonomi dan isu merentasi sempadan (Keohane & Nye 1989) yang dipetik dari Sity & Zarina (2005).
1.4 Andaian Kajian
Andaian kajian yang hendak dikemukan dalam kertas kerja ini adalah untuk memperlihatkan Jenayah Terancang Merentasi Sempadan menjadikan perdagangan wanita sebagai satu bentuk perniagaan yang menguntungkan dan fenomena memperdagangkan wanita adalah merupakan ancaman kepada keselamatan insan , negara dan global.
1.4 Definisi dan Takrifan
Jenayah terancang merentasi sempadan adalah jenayah yang dilakukan oleh sesuatu organisasi dari satu negara dan melakukan jenayah di negara luar di mana terdapat keadaan pasaran yang mudah untuk menjalankan operasi dan risiko untuk ditangkap adalah rendah . Dengan dunia tanpa sempadan , jenayah yang dilakukan secara berulang yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan penjenayah samada secara langsung atau tidak langsung dan melibatkan banyak Negara , ia boleh dikategorikan sebagai Jenayah terancang merentasi sempadan.
Matlamat organisasi adalah melibatkan kegiatan jenayah untuk keuntungan dan kuasa, dengan beroperasi secara penyalahgunaan struktur komersil, pengunaan pemerasan dan kekerasan, mempengaruhi kehidupan politik, media, pentadbiran awam, system keadilan dan ekonomi. Dalam erti kata lain , jenayah terancang ini adalah melakukan jenayah oleh mana-mana kumpulan dimana terdapat struktur koperat dan objektif utama untuk mendapatkan wang melalui aktiviti haram, kejayaan melalui pemerasan dan penggunaan rasuah dan kumpulan ini meningkat dengan merentasi sempadan negara ( Phil Williams ,1994: Gilinskiy, Y. 1999 )
Jenayah terancang ini boleh diklasifikasikan kepada empat :
(i). kumpulan jenayah kebiasaanya mereka ini terlibat dalam rompakan bersenjata, penculikan dan juga pengedaran dadah.
(ii). Sindiket jenayah yang terlibat dalam pembekalan barangan terlarang atau perkhidmatan haram seperti dadah, seks dan perjudian.
(iii). Jenayah penipuan dan pemerasan wang atau perniagaan yang sah atau tidak sah.
(iv).Jenayah jentera politik , terdiri dari lebih dua jenis jenayah diatas.
Manakala perdagangan wanita mengikut Protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mentakrifkan “..pengrekrutan, penghantaran, penghijrahan, penyimpanan dan penerimaan orang melalui satu proses pengugutan, paksaan, penipuan dan penghelahan, penyalahgunaan kuasa, kedudukan mudah terpedaya, pemberian dan penerimaan bayaran untuk mendapatkan kebenaran individu untuk tujuan eksploitasi; eksploitasi pula merangkumi hal pelacuran dan eksploitasi berbentuk seksual, buruh atau perkhidmatan paksaan, penghambaan dan perpindahan organ badan” . Takrifan ini telah perakui dan diiktiraf secara antarabangsa.
2.0 LATARBELAKANG
Kejatuhan Kesatuan Soviet telah memberi kesan langsung kepada percambahan kumpulan Jenayah Terancang Merentasi Sempadan di negara-negara Eropah Timur. Dengan tiada penguasaan dan kawalan daripada negara , organisasi ini telah mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan dan pengawalan ekonomi negara. Kadar peningkatan organisasi ini telah meningkat dengan pesatnya dan dianggarkan terdapat diantara 5000 hingga 8000 kumpulan jenayah terancang merentasi sempadan masa ini yang mana kebanyakanya terlibat dalam operasi antarabangsa dan merentasi sempadan (Shelly , 2001).
Percambahan organisasi jenayah terancang merentasi sempadan adalah disebabkan dimensi globalisasi dan keadaan kebebasan yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk merentasi sempadan dimana pada masa ini negara tidak berkeupayaan untuk mengawal persempadannya. Kebebasan yang tiada had ini telah memudahkan perpindahan fizikal dan pergerakan manusia telah membawa kepada peningkatan interaksi dan keterbukaan antara negara telah membawa kepada migrasi kumpulan-kumpulan penjenayah ke rantau ini dan peringkat antarabangsa (Pelly , 2001).
Kumpulan Jenayah Terancang ini telah terlibat dalam berbagai aktiviti dan perniagaan haram mereka seperti perdagangan dadah dan manusia serta pendatang haram. Walaubagaimanapun memperdagangkan manusia merupakan salah satu kegiatan mereka yang telah membawa kepada ancaman kepada keselamatan insan dan telah menarik ramai sarjana mengkaji isu ini diperingkat tempatan, negara dan global terutamanya penglibatan sindiket merentasi sempadan.
Memperdagangkan wanita untuk tujuan eksploitasi seks melibatkan keuntungan berbilion dollar dalam pasaran . Wanita telah diperdagangkan dari rantau ke rantau yang lain di dunia ini menggunakan berbagai kaedah dan akhirnya ianya menjadi satu bentuk perhambaan. Mengikut United Nation yang dipetik dari (Donna M. Hughes 2000), nilai global memperdagangkan wanita sebagai barangan untuk industri seks dianggarkan diantara tujuh hingga duabelas billion dollar setiap tahun. Aktiviti ini adalah bidang perniagaan yang menguntungkan dan ianya secara relatif merupakan perniagaan yang berisko rendah berbanding dengan memperdagangkan senjata dan pengedaran dadah. Jenayah terancang ini terdiri daripada mereka-mereka yang mengedar dan bapa-bapa ayam yang mempunyai jaringan merentasi sempadan dan menjadikan mangsa mereka adalah wanita-wanita yang impikan pekerjaan dan peluang untuk masa depan. Jaringan aktiviti mereka ini telah memberi satu ancaman kepada wanita, sosial, politik dan kestabilan ekonomi dan negara yang mereka jalankan operasi.
Memperdagangkan manusia ini adalah berdasarkan penawaran dan permintaan dari negara pembekal dan negara destinasi. Negara yang mempunyai industri seks yang besar akan menyebabkan permintaan iaitu negara destinasi manakala negara pembekal adalah dimana sindiket mudah untuk memdapatkan wanita . Untuk sedekad yang lalu, negara utama yang menjadi pembekal adalah negara Asia seperti Thailand dan Filipina. Sejak kejatuhan Kesatuan Soviet telah membuka lubuk kepada sindiket untuk mengrekrut berjuta wanita terutamanya dari Ukraine, Belarus, Latvia, dan Russia dan kini telah menjadi negara pembekal utama untuk perdagangan wanita untuk tujuan industri seks. Dalam industri seks hari ini, yang paling popular dan mudah diperoleh adalah wanita dari Ukraine dan Russia Specter, New York Timesdipetik dari (Donna M. Hughes 2000). Ukraine kini adalah negara yang terbanyak sekali di Eropah yang menyumbang penawaran wanita untuk pelacuran.
.
Pada tahun 1998 , Menteri Hal Ehwal Dalaman Ukraine telah mengganggarkan seramai 400, 000 wanita telah diperdagangkan sejak beberapa dekad dan sumber daripada pertubuhan bukan kerajaan mengganggarkan jumlah wanita yang diperdagangkan adalah lebih tinggi. International Organization for Migration menganggarkan diantara tahun 1991 dan 1998 seramai 500.000 wanita Ukraine telah diperdagangkan ke Eropah Barat. Negara destinasi kepada mangsa-mangsa yang terlibat termasuklah Turki, Greece, Cyprus, Italy , Sepanyol, Belanda , German dan lain-lain. Di Turki sahaja terdapat seramai 3,000 mangsa, dan di Greece seramai melebihi 1000 orang(Donna M. Hughes. 2002)
.
2.1 Impak Kepada Rantau Eropah Timur
Organisasi Jenayah terancang ini telah berkembang dan penganjuran kepada kekuasaan dan prestij . Dari tahun 1990 hingga 1991 sahaja mereka telah mendapat keuntungan daripada kegiatan haram dengan peningkatan dari satu billion USD hingga 103 billion USD. Jumlah ini adalah bersamaan dengan jumlah hutang negara dan jumlah bantuan dari Barat yang diterima oleh negara-negara di rantau ini. Di Russia, organisasi ini telah mengawal perjalanan dan operasi sebanyak 200 buah bank yang berjumlah lebih daripada separuh modal kewangan Negara( Mora , 2000),
Perlakuan dan budaya rasuah dalam institusi kewangan dan perniagaan dalam ekonomi dikebanyakan negara rantau Eropah Timur terutamanya
di Russia , Ukraine , Albania dan lain-lain telah menyebabkan pelabur asing perlu berurusan dengan organisasi penjenayah ini di mana pelabur asing ini perlu membayar sebanyak 10 peratus hingga 60 peratus pra cukai pendapatan sebagai ‘krysha’ atau wang perlindungan(Pelly , 2001). Ini telah menyebabkan tidak
ramai pelabur asing yang datang untuk melabur dan ini telah mengakibatkan ekonomi Russia mengalami kebekuan modal. Perlabur asing yang melabur tidak berupaya untuk menyemarakan potensi ekonomi negara-negara bekas Soviet ini, hanya aktiviti perniagaan yang boleh ‘survival’ dalam persekitaran ini adalah mereka yang terdiri daripada organisasi jenayah terancang yang lebih memaksimakan keuntungan jangkapendek dan tidak melabur dalam infrastruktur negara bekas Kesatuan Soviet ini(DiPaola , 2001).
Menurut Curtis (2003), terdapat kumpulan jenayah daripada China telah bekerjasama rapat dengan organisasi jenayah Russia. Mereka bukan sahaja memeras dan menganggu komuniti cina tetapi juga membekal dadah dan alkohol, mempromosi perdagangan manusia, pendatang haram dan perjudian haram. Mereka juga bertapak di rantau ini bagi mengeksploitasi dan memonopoli bahan-bahan sumber asli yang banyak seperti pembalakan haram, perikanan , industri dan logam bernilai.
Memperdagangkan wanita di Rantau Eropah Timur bermula pada awal tahun 1990 dan telah menggantikan negara dunia ketiga dan menjadi sumber utama perdagangan wanita dan kanak-kanak untuk industri seks di Eropah Barat. Kemiskinan , meningkatanya ketidaksamarataan gender dan diskriminasi etenik kepada negara transit yang terdapat di rantau tersebut (Reichel, P. 2004).
2.1 Ancaman Terhadap Keselamatan Insan
Kelemahan dalam peraturan undang-undang telah diambilalih oleh organisasi jenayah dan amalan rasuah yang beberluasa dalam negara yang sedang pesat untuk membentuk persekitaran politik yang baru dan pada masa yang sama untuk membangunkan order ekonomoi baru secara keseluruhan. Ancaman keselamatan insan dari organisasi jenayah dan pengedaran dadah telah menyebabkan masalah keatas rantau ini.[1]
Percambahan organisasi jenayah telah telah memberi kesan peningkatan ancaman akibat daripada perkembangan yang pesat dan penerusan aktiviti haram mereka. Kumpulan jenayah tempatan telah mengembangkan organisasi mereka dan terus berkembang diperingkat antarabangsa, manakala organisasi dari luar rantau ini telah mula memasuki ke dalam pasaran negara-negara bekas Soviet ini. Negara-negara ini telah mengalami perubahan politik yang besar dan juga terlibat dalam perancangan semula sistem ekonomi dalam pasaran bebas.
Kedua-dua organisasi jenayah ini samada dari dalam negara dan luar negara telah mendapat faedah daripada keadaan ini dan mengambil kesempatan untuk mengembangkan pergerakan dan melabur dalam kegiatan haram dalam sistem kewangan dengan merasuah ahli politik dan pegawai awam. Mereka telah memonopoli aktiviti haram di bandar-bandar utama dan juga memperluaskan kegiatan mereka melintasi sempadan. Mereka telah melaburkan modal yang besar dalam pengedaran dadah, pelacuran, barangan kesenian, kenderaan curi dan penjualan senjata. Selain daripada aktiviti tradisional , kini mereka telah terlibat dalam kegiatan dalam bentuk yang baru yang melibatkan pengelakan cukai, aktiviti haram dalam proses pengswastaan, memasuki dalam ekonomi secara sah dengan elemen jenayah, memperdagangkan pendatang secara haram, peras ugut dan pengubahan wang haram (Sabrina Adamoli. et.al 1998).
Faktur luaran yang mempengaruhi percambahan jenayah terancang dan memperdagangkan wanita kerana tiada sekatan untuk pergi ke mana –mana sahaja antara negara bekas Kesatuan Soviet. Dikalangan rantau ini terdapat negara yang kaya dan miskin dan mengakibatkan migrasi dari Eropah Timur ke Barat , ini telah memberi kesempatan kepada jaringan organisasi jenayah terancang untuk mengembangkan aktiviti mereka. Secara kebetulan selepas kejatuhan Soviet , industri seks antara rantau tersebut telah brekembang dan mengalami perubahan. Sesetengah negara di Eropah Barat telah menghalalkan pelacuran dan pornografi dan ada masyarakat di Barat telah mula menganggap pekerja seks adalah buruh yang sah.
Faktor dalaman bagi percambahan memperdagangkan wanita adalah akibat kesukaran keadaan ekonomi dan kekurangan peraturan dan undang-undang bersabit perdagangan manusia. Negara bekas Soviet ini telah mengalami impak yang besar dari perubahan sebagai negara sosialisme ke kapitalisme. Gilinskiy.Y (1999) dalam kajiannya telah mengenalpasti terdapat jurang kekayaan telah berlaku terhadap rakyat di mana wujud majoriti yang miskin dan golongan kecil yang menjadi kaya raya. Inflasi, penggangguran dan kemiskinan telah menjadi norma kepada majoriti yang berada di negara tersebut dan ini telah membawa kepada wanita-wanita yang direkrut dari Ukraine untuk mengisi kekurangan buruh seks di Eropah Barat.[2]
Kajian Shelly, L. (2002) mendedahkan bahawa faktor dalaman telah menggalakan lagi sindiket jenayah terancang melakukan pengrekrutan wanita Ukraine untuk diperdagangkan telah menjadi fokus mereka. Fenomena memperdagangkan wanita ini adalah berkait rapat dengan isu hak asasi dan ketidaksamarataan status wanita di dalam masyarakat. Di Ukraine juga didapati gaji yang diperoleh oleh wanita hanya 73 peratus dari gaji yang diterima oleh pekerja lelaki. Hak dan kebebasan mereka ini telah didiskriminasikan semasa di bawah sosialisme dan lebih cenderung kepada peraturan gender tradisional.
Selepas pembubaran Kesatuan Soviet dan semasa tempoh perubahan, wanita di Ukraine telah hilang pekerjaan dan telah dinafikan segala bentuk peluang kekayaan Negara dimana mereka telah dipinggirkan dari segi mendapat rawatan perubatan dan penjagaan kanak-kanak serta peningkatan keganasan dan anti-sosial dikalangan wanita. Menurut Shelly juga pengswastaan yang berlaku dalam masyarakat telah bercambahnya organisasi jenayah terancang yang terhasil di mana jenayah ganas kaum lelaki keatas hak pemilikan harta dan ini telah membawa dan menyumbang kepada aktiviti memperdagangkan wanita termasuklah wanita yang berpendidikan tinggi juga dijadikan pelacur.
Di rantau Eropah Timur termasuk negara Balkan , peningkatan dalam penawaran dan permintaan, maka memrperdagangkan wanita dan perempuan untuk exploitasi seks telah menyemarakan lagi aktiviti haram ini. Kesan daripada kelemahan kawalan sosial dan ketidakberkesanan sistem keadilan jenayah telah membawa kepada percambahan organisasi jenayah kecil, pertengahan dan organisasi jenayah yang mempunyai jaringan yang komplek telah menjurus kepada aktiviti memperdagangkan manusia serentak dengan kelembapan ekonomi dan pengganguran yang tinggi dikalangan penduduk wanita di rantau tersebut. Menurut anggaran (UNICRL 1999) sejak sedekad yang lalu tidak kurang dari 400,000 wanita telah diperdagangkan dari Ukraine. Pada tahun 1995 , jumlah kewangan yang diperoleh secara kegiatan haram ini berjumlah sebanyak 50 peratus Keluaran Negara Kasar (KNK) dan selanjutnya pengangguran dikalangan wanita mencapai angka 64 peratus daripada jumlah pengangguran di rantau ini (Hughes.D , 2001).
Megikut (Hotaling.N, 1998 ) yang dipetik dari Shelly, L. (2002) , di Milan, Italy pada Disember 1997 , pihak polis telah menyerbu satu kumpulan yang sedang menjalankan lelongan wanita dari Ukraine seperti hamba kulit hitam sebagaimana yang dilakukan pada kurun ke 18 tetapi wanita ini dilakukan secara lebih kejam dengan cara ditelanjangkan dan dipamerkan serta dijual dengan harga USD 1000. Sindiket dan bapa ayam ini telah mepergunakan keganasan yang ekstrem untuk mengawal mangsa-mangsa dan kawasan operasinya. Di Italy , polis melapurkan seorang pelacur telah dibunuh setiap bulan. Mangsa-mangsa akan dikudungkan, dicederakan dan dibunuh sebagai amaran kepada pesaing mereka dan bapa-bapa ayam dan juga sebagai amaran kepada mangsa yang tidak mengikut kemahuan atau melibatkan dalam pelacuran. Di Turky pernah terjadi di mana dua orang wanita Ukraine telah dicampak dari balkoni dan disaksikan oleh enam orang lagi mangsa dari Russia. Manakala di Serbia pula wanita Ukraine yang enggan mematuhi arahan telah dipenggal kepala di khalayak ramai. Jelaslah disini tahap keganasan yang ekstrem telah berlaku terhadap mangsa-mangsa yang diperdagangkan dalam kancah pelacuran.
Mangsa-mangsa yang diperdagangkan kurang mendapat simpati atau bantuan sebaik sahaja di bawah kawalan organisasi jenayah terancang ini daripada aktor kerajaan atau agensi khidmat masyarakat. Di negara destinasi, mangsa-mangsa dilayan sebagai penjenayah samada sebagai pelacur atau pendatang haram. Apabila mangsa ditemui semasa serbuan pihak berkuasa , mereka akan ditangkap dan dipenjarakan menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal. Hampir kebanyakan negara destinasi kurang memberi khidmat bantuan yang diperlukan oleh mangsa yang mengalami trauma, tahap kesihatan dan kecederaan fizikal yang dialami. Kajian juga telah menunjukan tahap kesihatan yang dialami oleh mangsa-mangsa adalah mengalami masalah kesihatan yang serius dan terdedah kepada risiko untuk hidup. Mangsa-mangsa menderita dari jangkitan penyakit berjangkit, kecederaan akibat keganasan, dadah dan ketagihan alcohol, tekanan dan mental yang menjurus kepada trauma. Ramai orang menggangap mereka ini juga terlibat dalam aktiviti tersebut sebagai pekerja tidak bermaruah dan memgabaikan penderitaan mangsa.[3]
Penglibatan kumpulan jenayah dari China yang menjalankan kegiatan haram di Ukraine juga telah menyumbangkan kepada ancaman keselamatan insan di Ukraine. Hampir 90 peratus dadah sintetik telah dibawa masuk oleh kumpulan jenayah Cina ke rantau ini dengan jaringan ekstensif dalam pengendalian makmal dadah haram. Aktiviti perjudian haram juga mempunyai hubungan rapat dengan memperdagangkan manusia untuk seks dimana kumpulan ini mempunyai kerjasama rapat dengan organisasi jenayah Russia dalam menyokong operasi kasino dan aktiviti pelacuran. Mereka juga terlibat dengan sendiket memperdagangkan wanita dari rantau ini yang dikenali sebagai ‘Natasha’ untuk tujuan pelacuran ke Macau dan Hong Kong dan lazimnya adalah bagi pertukaran untuk bekalan dadah. Penglibatan mereka dalam memperdagangkan wanita dari negara bekas Kesatuan Soviet ini ke rantau China dianggarkan seramai 15,000 orang wanita untuk dijadikan hamba seks dan pertukaran dadah ( Curtis 2003).
Memperdagangkan wanita adalah tidak memberi kemewahan kepada masyarakat setempat. Mangsa-mangsa tidak akan mendapat apa-apa diakhirannya dimana wang yang diperoleh akan menampung kos yang tinggi untuk kesihatan dan lain-lain perbelanjaan untuk mengatasi emosi dan penerimaan di dalam masyarakat. Keuntungan yang diperoleh oleh jaringan jenayah tidak diagihkan kepada komuniti yang miskin atau negara, dan keuntungan ini disalurkan kepada akaun bank ketua penjenayah yang berada di Eropah Barat , Amerika Syarikat dan lain-lain negara di luar persisiran Ukraine ( Ernesto U Savona, 1998).
Pencabulan dan perlakuan seks dalam pelacuran telah memberi kesan kepada wanita dan gadis dimana akan dijangkiti dan menjadi penyebar pelbagai penyakit kelamin upamanya penyakit ‘tuberculosis’. Mereka menderita dari ‘post-traumatic stress’, tekanan jiwa dan kegelisahan. Walaupun berkeadaan begini, terdapat juga mangsa terpaksa melakukannya di mana harapan mereka diakhir nanti akan dapat mengumpul wang untuk mendapat jalan keluar daripada bebanan hutang atau jalan untuk melarikan diri. Walaupun mereka terlepas dari situ, mereka masih lagi menggunaakan dadah dan alcohol untuk menghilangkan tekanan emosi dan mereka tidak dapat lari dari segala kesan buruk daripada pelacuran, trauma dan bertambah miskin. Dengan peningkatan fenomena ini bermakna pelacuran adalah merupakan hukuman mati bagi mangsa-mangsa yang dihidapi HIV/AIDS (Alexander G. Kalman , 2004.)
Pelacuran telah membentuk wanita itu sebagai kelas bawahan yang bertujuan hanya untuk memuaskan lelaki dan eksploitasi seks, mangsa-mangsa kurang di lindungi atau untuk menambahbaik mereka dari hak dan status. Fenomena ini adalah satu diskriminasi gender dan eksploitasi seks adalah satu kaedah yang sistematik dalam menyalahguna kuasa dan kawalan serta ugutan sehingga mangsa menurut sahaja apa yang diarahkan.
2.2 Penyerapan Dalam Sistem Perundangan dan Politik Negara
Menurut Yakov Glinsky, Penyelidik dari Institut Sosiologi St. Petersburg menganggarkan antara 30 hingga 60 peratus dari pendapatan organisasi jenayah dibelanjakan untuk menyuap rasuah dan berbagai-bagai bentuk atau kaedah dalam melobi perjalanan politik. Untuk menegakan dan melindungi kepentingan mereka dengan agensi kerajaan diperingkat eksekutif dan perundangan dengan cara melobi mereka secara penyediaan penginapan, makan malam, perlancungan dan sumbangan kewangan untuk pemilihan semula. Amalan rasuah adalah praktis yang mesti dilakukan untuk meneruskan aktiviti mereka di mana dengan kejayaan mereka memilih calon politik dan pegawai-pegawai awam mereka sendiri.
Trend ini telah membawa kepada gabungan individu dalam parti politik dan pergerakan organisasi jenayah atas kehendak organisasi jenayah dalam mempengaruhi proses politik dan ekonomi. Entiti politik ini memerlukan sokongan kewangan dimana hanya organisasi jenayah ini sahaja yang mampu menyumbangkannya. Contohnya di Urals, penyiasatan dan kes-kes mahkamah didapati telah ada pengaruh rasuah , penyalahgunaan kuasa oleh pegawai awam dan mewakili kepentingan organisasi jenayah secara yang sistematik.
Penyalahgunaan kuasa bukan sahaja terletak kepada seseorang yang mempunyai kuasa tetapai ianya melibatkan sistem kuasa itu sendiri. Mereka-mereka ini berada disetiap peringkat kerajaan. Agensi yang bertanggungjawab keatas peraturan dan dasar ekonomi luar dan perlesenan adalah yang mudah terdedah kepada rasuah.
Memandangkan atas sebab ketersembunyian semulajadi amalan rasuah ini, ia adalah sukar untuk menganggarkan kesannya atau melihat trendnya. Merujuk kepada Sverdlovsk Regional Internal Affair Deparment yang dipetik dari (Finckenauer and Yuri A.VoroninNational, 2001) mendapati pada tahun 1997 telah menjalankan siasatan yang melibatkan rasuah dan sepanjang tempoh enam bulan 1998 jumlah siasatan telah meningkat kepada 199. Sasaran utama rasuah adalah polis, pegawai kastam, pegawai pencukaian.
Pengabungan organisasi jenayah ekonomi dan rasuah telah membawa kesan kemusnahan dalam dasar perlindungan iaitu ketidaksamarataan pengagihan harta dan kekayaan dan ini akan membawa kepada hilang keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Pencapaian demokrasi yang yang diharapkan didapati telah gagal , pengangguran yang tinggi , upah tidak berbayar dan kerugian dalam keuntungan sosial telah menyumbangkan kepada hilang keyakinan rakyat Ruang dalam kuasa dan perkhidmatan kerajaan telah diisi dalam semua bidang oleh organisasi jenayah terancang ini dan telah mengambil alih fungsi kerajaan , penyediaan tabung untuk baikpulih sekolah, hospital, menaja acara dan aktiviti sukan, dan pembentukan pertubuhan amal. Dengan ini mereka mendapat sokongan dan bantuan rakyat daripada penguatkuasaan undang-undang.
Di Ukraine perubahan dari sosialisme ke demokrasi dan ekonomi pasaran telah membawa kepada organisasi jenayah terancang dan pegawai-pegawai awam yang korup telah mengawal sepenuhnya segala kelengkapan kerajaan dan skctor perniagaan telah membawa kepada kriminalisasi terhadap negara dan ekonomi.
Jaringan diantara organisasi jenayah dan pegawai yang korup juga adalah signifikan dengan jenayah politik merentasi sempadan. Korupsi juga melibatkan sektor sosial yang terdiri daripada masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, badan amal, sukarelawan dan kumpulan masyarakat (Donna M. Hughes & Tatyana A. Denisova, 2001).
Semenjak kejatuhan Kesatuan Soviet, dan kemerdekaan kepada Ukraine sebagai sebuah negara. Jenayah terancang dan korupsi telah berkembang dalam persekitaran yang tidak teratur. Pegawai-pegawai dari Kesatuan Soviet telah mengekalkan kuasa dan membentuk pakatan dengan ‘oligarchs’ baru yang cenderung kearah mengkriminalisai negara dan ekonomi. Korupsi di Ukraine yang berlaku diserapkan secara sistematik. Sumber dari Transparency International’s 2001 Corruption Perceptions Index menunjukan Ukraine di kedudukan negara yang amat korup di dunia iaitu di kedudukan ke 83 dari 91 buah negara. Jaringan organisasi jenayah telah berkembang dengan pesat dalam persekitaran yang korup ini.[4] Mengikut Menteri Dalam Negeri Ukraine sebanyak 260 kumpulan organisasi jenayah diketahui dan pada tahun 2000 terdapat sebanyak 960 kumpulan organisasi jenayah dan kebanyakan mereka menjalankan aktiviti memperdagangkan wanita.
Sebanyak 65 peratus kes memperdagangkan wanita dari Ukraine oleh organisasi jenayah adalah dilakukan jaringan jenayah ini. Mereka merperdagangkan wanita ini adalah kerana mendapat untung yang tinggi dengan pelaburan yang rendah. Jaringan organisasi ini adalah besar dan amat terancang dan mempunyai hubungan dengan pegawai-pegawai kerajaan yang korup. Mereka telah membahagikan tugas-tugas atau aktiviti semasa operasi merperdagangkan wanita seperti merekrut wanita, penyediaan dokumen, menguruskan perjalanan dan penghantaran mangsa-mangsa.
Organisasi jenayah ini juga mempunyai pengkalan data wanita-wanita yang berpotensi untuk dijadikan mangsa dari sumber-sumber seperti permohonan oleh mangsa untuk petandingan ratu cantik atau agensi perkahwinan. Pengkalan data ini juga terdapat profil seperti gambar wanita, tinggi, berat dan pembawakan personaliti. Mereka akan mendapat bayaran dari USD 800 hingga USD 2000 untuk seorang wanita. Nilai wanita ini bergantung kepada keadaan ekonomi negara destinasi. Lapan puluh peratus dari sindiket ini terdiri dari warga Ukraine dan enam puluh peratus adalah wanita. Kebiasaanya mereka ini tidak pernah dipenjarakan , oleh itu mereka bebas bergerak dari satu negara ke satu negara. Mereka juga mempunyai skil dan ada yang pernah berkhidmat sebagai penganjur sosial semasa era Soviiet dan mereka merupakan orang yang dihormati dan dikenali ramai. Mereka mempunyai perniagaan yang sah seperti agensi pelancungan dan agensi mencari jodoh dan perkahwinan. Mereka juga sering berurusan diluar negara sebelum ini dan ada hubungan baik dengan pihak awam dan bapa-bapa ayam di luar negara. Mengetahui pasaran wanita di Ukraine dan luar negara dan memahami selok- belok undang-undang setiap negara dan tahu untuk mengelakan diri dari pihak polis atau memanupulasikan undang-undang serta ada hubungan dengan pihak berkuasa yang korup.[5]
Korupsi berlaku apabila seseorang dalam kedudukan berkuasa dan berpengaruh telah menggunakan kuasa untuk kepentingan mereka dan pihak lain. Perkembangan korupsi dalam persekitaran masyarakat awam dan aktor negara dalam keadaan lemah dan dimana dalam kes ini berlaku badan-badan bukan kerajaan(NGOs) sudah tidak mematuhi perlembagaannya. Apabila NGOs di negara penghantar telah bekerja untuk keuntungan negara destinasi daripada memberi khidmat kepada yang berada di negeri sendiri adalah dikatakan korupsi masyarakat awam. Dalam negara demokrasi , apabila pihak polis dan pegawai awamnya adalah korup dan masalah ini diselesaikan melalui kekuatan dan pengaruh masyarakat awam yang bercakap memerangi rasuah melalui kempen-kempen ketika pilihan raya. Sekiranya di Ukraine , ahli politik yang berjawatan tinggi akan berkrompomi dan mempunyai skandal serta mempunyai hubungan atau terbabit dalam pembunuhan wartawan-wartawan yang menulis tentang korupsi pegawai-pegawai awam. Ini jelas menunjukan korupsi dikalangkan pegawai tertinggi dan kelemahan msyarakat awam . Masyarakat awam sentiasa diperlekehkan dan tetap tidak berkuasa untuk membantah aktiviti memperdagangkan wanita apabila NGOs tidak memainkan peranannya untuk kepentingan wanita di Ukraine( Joel Hellman and Daniel Kaufmann,2001)
Menurut Yarmish (2002) , dengan terdapatnya kemudaratan kepada individu, masyrakat dan telah menjadikan wanita sebagai kelas bawahan, memperdagangkan wanita dan aktiviti pelacuran melalui kegiatan jenayah serta korupsi adalah merupakan ancaman kepada kestabilan dan keselamatan negara. Alasan secara langsung tentang risiko yang rendah dan keuntungan yang tinggi, memperdagangkan wanita ini telah meningkat dan merupakan alternatif baru dan mengantikan pengedaran dadah dan senjata yang kini merupakan kegiatan pilihan utama jaringan jenayah terancang merentasi sempadan. Apabila pegawai-pegawai adalah korup dan bersubahat dengan organisasi jenayah, mereka telah menyalahguna kuasa bagi tujuan melindungi penjenayah dan keuntungan yang diperoleh dari eksploitasi seks keatas wanita. Memandangkan pengaruh yang kuat dari jaringan jenayah ini keatas penguatkuasa undang-undang dan kerajaan, korupsi telah meresap jauh ke dalam dan telah membenarkan segala aktiviti haram. Peningkatan gejala korupsi ini, jurang diantara negara dan jaringan jenayah didapati kabur dan keadaan ini telah mengwujudkan penyatuan jaringan jenayah dan kerajaan berlaku dalam kebanyakan negara bekas Soviet termasuklah Ukraine yang merupakan pembekal utama wanita kepada bapa ayam di Eropah. Lapuran dari Belanda, German dan Australia mengaitkan bahawa dengan membenarkan atau mengesahkan aktiviti pelacuran tidak dapat menyelesaikan masalah ini tetapi sebaliknya akan meningkatkan lagi pelacuran dan memperdagangkan wanita serta organisasi jenayah terancang.
2.3 Ancaman Di Peringkat Global
Jenayah terancang adalah satu ancaman keselamatan kepada rantau ini telah membawa kepada ancaman global. Organisasi jenayah yang mendominasi rantau ini telah mula melebarkan sayap di kebanyakan negara dan beroperasi secara bersendirian dan bekerjasama dengan kumpulan luar rantau. Kerjasama yang terjalin adalah dalam aktiviti pengubahan wang haram, terlibat dan bertanggungjawab dalam jenayah keganasan terutama pembunuh upahan di Eropah Tengah dan Eropah Barat, Israel, Kanada serta Amerika Syarikat.
Mereka juga terlibat dalam aktiviti perdagangan haram produk-produk berbahaya seperti senjata dan bahan nuklear. Berbagai bahan berbahaya telah dipindahkan melalui sempadan Negara yang bocor terutamanya disempadan Caucasus dan Asia Tengah dengan bantuan kumpulan jenayah rantau tersebut ( Finckenauer and Yuri A.Voronin 2001).
Pelacuran dan memperdagangkan wanita serta kanak-kanak adalah merupakan satu fenomena global. Ianya berlaku diseluruh dunia dan aktiviti dilakukan merentasi sempadan di mana terdapatnya budaya global dalam ekspolitasi seks iaitu tubuh wanita dipergunakan sebagai barangan pasaran pengguna, wanita dan gadis adalah merupakan barangan untuk digunakan. Dianggarkan industri seks global dianggarkan melibatkan nilai USD 52 billion setahun. Untuk memastikan industri seks ini dalam satu bentuk perniagaan , wanita diperdagangkan dari dan melalui setiap rantau di dunia. Rantau atau negara pengedar adalah diklasifikasikan sebagai miskin, pengganguran, peperangan dan politik serta ekonomi yang tidak stabil. Keadaan ini telah memberi kemudahan kepada organisasi atau sindiket yang menjadikan negara atau rantau tersebut sebagai sasaran untuk merekrut magsa denagan mudah seperti Ukraine , sebahagian Asia , Amerika Latin dan Eropah Timur.
Penjenayah dan organisasi jenayah terancang adalah merupakan penganjur dan ”moneymakers’ dalam industri seks. Di United States , terdapat yayasan dan pengawal dalam industri pornografi. Industri seks ini juga telah menyumbang kepada aktiviti haram yang lain seperti pengubahan wang haram untuk menukar wang haram kepada wang yang sah kedalam tabung yang boleh digunakan. Aktiviti pengubahan wang haram ini dilakukan diseluruh negara terutamanya
di negara-negara yang mempunyai peraturan dan penguatkuasaan yang lemah, Jaringan jenayah terancang yang memperdagangkan wanita ini adalah merentasi sempadan sepenuhnya dan ada invidual yang ada kaitan secara samar-samar dan kebanyakan daripadanya adalah merupakan sindiket jenayah terancang yang kuat dan terkenal seperti Mafia, Yakuza, Triads dan kumpulan jenayah Russia.
Dengan perkembangan ICT dan percambahan dalam penggunaan internet, kini telah menjadi satu saluran global eksploitasi seks. Industri seks telah menjadi pendahulu dalam menggunakan Internet sebagai perniagaan dimana kebanyakan negara tidak mempunyai peraturan yang boleh menghalang aktiviti ini.
3.0 Rumusan
Hasil kajian literatur dan artikel mendapati kegiatan Jenayah Terancang Merentasi Sempadan di Rantau Eropah Timur telah mengancam keselamatan insan , negara, rantau dan global. Memperdagangkan wanita yang utama sekali adalah berkait rapat dengan hak asasi manusia dan juga merupakan isu jenayah terancang merentasi sempadan, isu sosio-ekonomi dan juga melibatkan isu kesihatan awam.
Jenyah terancang ini telah menjadi isu , memandangkan telah bercambah dengan pesatnya selepas Perang Dingin dan melihat merperdagangkan wanita adalah lebih mudah dan rendah risikonya. Mereka juga bersubahat dengan pegawai kerajaan yang korup, dan aktiviti ini adalah merupakan pendapatan utama mereka dan keuntungan yang diperoleh akan dilabur semula kedalam aktiviti haram yang lain. Organisasi jenayah ini juga merupakan ancaman kepada negara , apabila mereka memperhebatkan operasi, ini akan membawa ancaman kepada pembangunan ekonomi, kebebasan politik, persekitaran, insan dan keselamatan global. Bagi menanganinya bukan sahaja dengan menggunakan undang-undang tetapi ia merupakan usaha yang rumit dan sukar untuk mempromosikan keselamatan insan dan pembangunan ekonomi.
Merperdagangkan manusia juga merupakan isu sosio-ekonomi dimana kemiskinan dan ketidakupayaan wanita di Ukraine, mereka akan tetap menjadi mangsa yang tiada pengakhiranya. Masalah pemulangan ke tempat asal mangsa selepas diselamatkan atau yang berjaya melarikan diri . Setengah daripada mangsa tidak dapat pulang dengan selamat dimana mereka akan berhadapan dengan ancaman kecederaan dan kematian daripada pihak sindiket.
Isu kesihatan awam akibat dari penyebaran HIV/AIDS dan lain-lain penyakit berjangkit yang akhirnya merupakan satu hukuman mati bagi mangsa dimana kurangnya perkhimatan kaunseling dan kebiasaanya tidak terdapat di Ukraine.
Rujukan

Subscribe to:
Posts (Atom)